Bagi anda yang sedang dalam proses untuk naik rumah baru, salah satu interior design yang penting yang sering dititikberatkan adalah kabinet dapur.
Terdapat pelbagai jenis material kabinet dapur yang menjadi pilihan sama ada 3G Glass, 4G glass, arcylic, wooden dan sebagainya. Jom kita tengok satu-satu pilihan yang ada dipasaran dan bergantung juga kepada budget anda.
1. 3G Glass Door Kitchen Cabinet
Jenis pintu seperti ini tidak menggunakan kayu tetapi glass dan aluminium sahaja. Jadi tuan rumah tidak perlu risau akan risiko anai- anai. Mungkin ada juga yang terfikir adakah pemilihan penggunaan glass akan memberi kesan yang tidak selamat kepada anak-anak. Jawapannya adalah tidak kerana material glass yang biasa digunakan adalah yang bermutu tinggi. Bingkainya menggunakan built in handle.
2. 4G Glass Kitchen Cabinet
Apa beza 3G Glass dengan 4G Glass. Dari segi harga memang 4G glass lebih mahal memandangkan 4G Glass adalah upgraded daripada 3G glass. Kebiasaanya warna frame untuk 4G glass boleh dipilih atau tiada bingkai manakala 3G glass kekal dengan warna aluminium.
3. High Gloss
Pintu kabinet dapur high gloss biasa menggunakan material lamina bagi mendapatkan kemasan berkilat dan sleek. Tidak seperti material lamina biasa, high gloss membolehkan pintu kabinet tampil lebih moden dan berhaya persis material arcyclic.
4. Aluminium
Bgai anda yang inginkan kabinet dapur yang kukuh, kalis air dan tahan lasak, material aluminium mungkin menjadi pilihan anda. Aktivi dapur yang banyak menggunakan air tidak akan menjejaskan fungsi aluminium kerana ia tidak menyerap air seperti kayu atau ABS Melamine. Kabinet dapur yang menggunakan material aluminium juga dapat menanggung peralatan dapur berat sehingga 50kg.
5. Arcyclic
Pintu kabinet dapur yang menggunakan material arcylic biasa menjadi pilihan dapur-dapur moden yang tahan dengan peluntur, asid, alkali dan mudah untuk di lap
Acrylic adalah sejenis lapisan plastik berkualiti berbanding dengan 3G high gloss iaitu kaca yang disembur dengan warna yang dikehendaki.
6. Kaca kabut
Penggunaan pintu yang menggunakan kaca kabut biasa digunakan sebagai pilihan kabinet dapur gantung. Kanapa dipanggil kabut kerana efek kaca tersebut yang memberikan kesan dramatik di mana peralatan yang disimpan di dalam kabinet dapat dilihat dalam bentuk samar daripada luar.
7. Kayu/wooden
Terdapat banyak pilihan di pasaran bagi anda yang berminat menggunakan kayu sebagai pilihan pintu kabinet dapur anda. Yang sering menjadi pilihan adalah dari jenis nyatoh di mana ketahanannya adalah terbukti dari dahulu lagi selain memberi kesan atau imej klasik pada wajah kabinet dapur anda. Selain nyatuh terdapat juga semangkok, oak dan sen.
credit to: http://www.nikathirah.com/jenis-jenis-material-pintu-kabinet-dapur/
No comments:
Post a Comment