Tuesday, April 9, 2019

RUMAH TERES 2 TINGKAT CORNER LOT DAN INTERMEDIATE LOT

Rumah teres corner lot ngn intermediate lot
Bukit Sireh, Kuala Krai, Kelantan
Tunjuk 2 unit dulu sbb satu lg tgh ada penyewa.
🏠Sangat selesa tinggal disini, kejiranan yang tenang walaupun dekat jalan besar
🏠20km dr bandar Machang 15 minit
🏠18km dr bandar Kuala Krai 10 minit
🏠1 minit ke pasaraya Jaya Gading dan Mr Diy
🏠Rumah yg telah extend depan dan belakang
🏠Rumah yg sangat bersih

RUMAH TERES CORNER LOT DILENGKAPI LAMAN (2 LOT 2 GERAN 1 RUMAH,1 LAMAN)
Rumah masih seperti baru diduduki,bersih dan kejiranan yang tenang
Kejiranan Melayu,cina dan india























http://wasap.my/60139022580 puan zuraini

Tuesday, March 5, 2019

BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI PAKEJ F1 RM150,000 UNTUK LUAS 1200SQFT

BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI




TUNAI SAHAJA
Bayaran berperingkat
Ada perjanjian
*Pinjaman juga boleh dipertimbangkan
☑️Luas 1200kps, 3 bilik 2 bilik air
☑️Kos RM150,000 untuk rumah sahaja tidak termasuk infra
.
Spesifikasi Rumah Yang Kami Tawarkan
3.Atap monier elabana
1.Guna Bata press
2.Kekuda besi aluminium
4.Pintu kayu design cantik
8.Full mozek lantai+dinding tandas 6ft
5.Tingkap aluminium
6.Pintu bilik kayu
7.Siling kapur design terkini
9.Piping n plumbing
Kipas siling
10.Longkang
11.Cat JOTUN
.
✳️HADIAH PERCUMA✳️
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Lampu LED
Kipas
Table top

Hubungi kami segera utk maklumat lanjut
http://wasap.my/60139022580

Monday, January 21, 2019

TANAH LOT CANTIK STRATEGIK MURAHH UNTUK DIJUAL 19 LOT TANAH NEAR TO SK KANDIS PASIR PUTIH, KELANTAN

TANAH LOT CANTIK STRATEGIK MURAHH UNTUK DIJUAL
19 LOT TANAH NEAR TO SK KANDIS
* Kawasan perumahan banglo dah siap
* Bebas BANJIR
Bermula dari RM62,000-RM68,000
* 300 meter dari LEBUHRAYA TIMUR BARAT
* 600 meter ke SK KG KANDIS
* 10 minit ke BANDAR JERTIH / PPUTEH
* 1.5km ke Highway PPuteh- Jerteh
* 1.5km ke stesen Shell, Erup Sup
* 15 minit ke UITM MACHANG
* 6 minit ke jeram linang
LOT LUAS +-6500kps/lot
pakej bina rumah siap, design sendiri boleh d’uruskan...
Jika berminat untuk tengok site blh terus wasap http://wasap.my/60139022580








Friday, January 4, 2019

MAKLUMAN

MAKLUMAN
Pihak syarikat tidak pernah melantik mana-mana individu untuk melobi/membeli barang secara hutang/membuat projek sebagai wakil selain nama di bawah. Jika ada sebarang aktiviti diluar menggunakan nama selain pemilik dibawah, ia adalah tanggungjawab sendiri.Kami tidak akan bertanggungjawab kecuali ada surat yang dikeluarkan. Sila dapatkan pengesahan dengan menghubungi 0139022580 sebelum berurusan.

Sunday, December 30, 2018

Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Bina Rumah Atas Tanah Sendiri
=========================
Sepanjang tahun ini (2018) ramai pm dan whatapps Kak Zu bertanyakan tentang cara bina rumah atas tanah sendiri.Mungkin ramai yang dah tahu tapi untuk jawab secara umum Kak Zu explain dekat sini ye
1.Tanah siap dijumpai batu sempadan (mudahkan kerja,kalau tak kena minta juruukur carikan)
2.Kena ada geran tanah atas nama sendiri (lebih mudah)
3.Tanah siap tambun atau minta kontraktor tambunkan dengan tambahan bayaran
4.Status geran mestilah status bangunan/kediaman (jika kawasan dibawah PBT) utk kampung2 mungkin tak perlu
5.Geran bebas dari sekatan (ada tulis dlm geran mukasurat mula2,kat bawah) b
6.Keluasan tanah mestilah lebih 450m2 @ 4520ft2.Luas rumah yang boleh dibina adalah setelah menolak 20ft yg menghadap jalan, 10ft belakang,kiri dan kanan (boleh tanya arkitek)
7.Ada design yang dipilih,bawa berjumpa kontraktor.Atau boleh dipilih bersama kontraktor design sediada
8.Mempunyai wang tunai,boleh membuat pinjaman bank atau kerajaan.
okei,jika salah boleh komen dibawah
Ada lagi tak tertinggal point utama?
Cukup syarat tak?jom jumpa kat office
http://wasap.my/60139022580

Tuesday, November 6, 2018

40 TIPS RINGKAS BELI RUMAH

40 TIPS RINGKAS BELI RUMAH
Saya pernah tulis dulu ini sebagai ulang kaji semula tatapan kita.
1. Sebaiknya elakkan membeli unit paling tinggi bagi rumah bertingkat
2. Beli hartanah yang sedia ada atau sudah siap
3. Beli yang berpotensi untuk disewakan
4. Beli, sewakan dan simpan
5. Jangan terburu-buru membuat keputusan membeli
6. Elakkan membeli dekat tangga atau lif
7. Jauhi Kawasan yang negatif
8. Sebaiknya beli rumah yang minimum 3 bilik tidur dan 2 bilik air
9. Jika mampu, beli unit Corner Lot
10. Beli di persekitaran yang selamat dan harmoni
11. Beli yang tiada monopoli bangsa tertentu
12. Beli mengikut kemampuan atau bajet
13. Beli rumah yang baik pulangan atas pelaburan (R.O.I) yang tinggi
14. Jangan membeli rumah yang sudah lama atau terlalu berusia.
15. Beli rumah yang sediakan tempat letak kereta yang cukup
16. Beli yang berhampiran adanya kemudahan awam seperti Pasaraya, LRT, Balai Polis, Sekolah, Kolej, Universiti, Klinik, Hospital, Masjid dan lain-lain lagi
17. Beli di kawasan pertumbuhan tinggi dan pesat membangun
18. Jangan beli berdasarkan spekulasi atau cakap-cakap orang
19. Beli yang berhampiran jalan laluan utama atau lebuhraya
20. Beli 10%-20% di bawah harga pasaran semasa
21. Hartanah yang orentasi matahari betul
22. Hartanah orentasi kiblat baik
23. Hartanah menghadap hijau dan air
24. Ruang siling yang tinggi
25. Sebaiknya beli rumah yang lengkap atau adanya ubah suaian tersedia
26. Beli rumah di kawasan perumahan disediakan tangki air besar
27. Jangan beli di kawasan yang bermasalah seperti pernah berlakunya bencana alam seperti banjir
28. Jangan beli di kawasan kadar jenayah yang tinggi @ 'BLACK AREA'.
29. Jangan beli rumah yang mengadap kilang atau jalan raya
30. Jangan beli rumah berhampiran kabel kuasa tinggi
31. Jangan beli hadapan tanah kosong yang tidak pasti apa tujuannya akan datang
32. Beli dikawasan kejiranan penduduk tetap bukannya ramai yang jadi penyewa
33. Beli berdasarkan margin gaji kita yang betul.
34. Jangan beli kerana ramai orang beli, belum tentu ianya berpotensi.
35. Jangan beli kerana emosi
36. Jangan beli sebab murah tetapi beli sebab ianya ada potensi.
37. Mulakan dengan kediaman kecil dan sederhana.
38. Mintak pandangan kedua sebelum beli rumah pertama
39. Rumah pertama sebaiknya rumah pelaburan bukan rumah idaman kita
40. Jangan guna pembiayaan kerajaan untuk rumah pertama, guna bank pun tak mengapa.
Credit to Azizul Azli Ahmad
Pelabur Kecik Kecik
#Kongsikan laju laju sebagai panduan mudah.

UBAHSUAI RUMAH TERES SETINGKAT MENJADI TERES 2 TINGKAT DI BEREK 12 KOTA BHARU

UBAHSUAI RUMAH TERES SETINGKAT MENJADI TERES 2 TINGKAT DI BEREK 12 KOTA BHARU
TEMPOH SIAP 3 BULAN
JUMLAH KONTRAK : ANGGARAN RM75,000








Wednesday, June 27, 2018

TANAH UNTUK DIJUAL DI KG PEK MACHANG STATUS: PADI

Tanah untuk dijual
Direct owner
600 depa lbh 
Tepi highway machang-kuala krai
Status padi
Blh wasap bg yg berminat
http://wasap.my/60139022580




Wednesday, January 24, 2018

Promosi (Limited Time) sempena CNY


Jom!warga Machang dan Kuala Krai,khas untuk anda promosi ni.Bagi yang luar kawasan , harga masih sama cuma tambah sikit kos luar kawasan.Kami nak semua orang merasai duduk rumah sendiri.

http://wasap.my/60139022580

Wednesday, January 17, 2018

5 PERKARA YANG ANDA PATUT TAHU BILA NAK BINA RUMAH SENDIRI.

5 PERKARA YANG ANDA PATUT TAHU BILA NAK BINA RUMAH SENDIRI.

Setiap orang pasti nak sangat memiliki rumah sendiri.Maklumlah, bila menyewa,rumah yang disewa pastinya terhad untuk didekorasi sesuai dengan jiwa pemilik.Yelah, takkan nak berhabis ribu-ribu hack/DIY rumah yang pastinya hakmilik orang.Jika anda sudah ada kemampuan untuk bina rumah sendiri.beberapa perkara perlu dititikberatkan.


  • BAJET YANG ADA – Ada banyak cara nak anggarkan kos pembinaan rumah sama berdasarkan lukisan/anggaran kasar. Anda boleh tanya dgn kawan-kawan yg dah pernah bina rumah sendiri dan nak lagi best, tanya kami terus.Dalam kes ini,kami boleh bagi quotation percuma untuk anda sebab kepakaran utama boss kami adalah bidang costing.Yela..asal orang ukur bahan kan.Jadi...nk diskaun tang mana2.just bgtau je! 

  • PELAN RUMAH – Nak bina rumah wajib ada pelan rumah. Dari pelan rumah ni la, kontraktor akan kira kos, keluasan rumah dan sebagainya. Sebaiknya dptkan khidmat yg pakar dlm merekabentuk pelan rumah supaya takde isu lari bajet bila berlaku kesilapan susunatur.Kami ada bisnes partner yang sememangnya boleh bagi harga pelan kasar/detail secara berpatutan.Kami boleh uruskan semuanya.Korang bagi sketch je ruang dan luas idaman hati

  • KELULUSAN PBT – Ini bukan shj utk dptkan kelulusan pinjaman tapi juga utk elakkan ada gangguan dari pihak majlis tempatan semasa pembinaan sedang dijalankan.Buat masa ini, jika tapak pembinaan berada luar dari radius PBT, insyaAllah, pembinaan boleh dijalankan tanpa gangguan.( kawasan kampung sgt...)

  • PASTIKAN DUIT MENCUKUPI – Biasanya nak buat rumah ni kena ada lebih dr dari bajet yang diberitahu kontraktor.Lebih baik ada cash RM10,000-RM30,000 utk pastikan boleh cover perbelanjaan awal dan elakkan kerja pembinaan tertunggak.Kadang-kadang kita ni rasa nak buat rumah biasa-biasa je.Bila dah start buat rumah, semua nak yang berkualiti, terbaik.Dah lari dari matlamat asal,nak ada tempat berteduh je!Boleh...tapi ukur poket sendiri..Jangan bergaduh dengan kontraktor sebab duit tak cukup nak bayar ikut perjanjian asal dek kerana tambah-tambah part benda yang takde dalam keperluan pon!

  • CARI KONTRAKTOR BERPENGALAMAN – Jgn main tangkap muat je. Pastikan anda pilih yg betul-betul bijak menguruskan kos binaan menggunakan bahan berkualiti. Jgn risau tentang kos, yg penting ‘end result’. Lihat rekod dan portfolio kontraktor yg sedia ada.Satu ingatan, jangan ingat HARGA MURAH terus TANGKAP.Ada juga kontraktor lebuh suka tawarkan harga sederhana,tak murah dan tak mahal untuk kekalkan KUALITI pembinaan.Takkan kot...bayar mahal-mahal dapat pintu rumah plywood,tandas takde mozek,rumah cat luar mudah pudar warna (tak pakai sealer), siling asyik bocor,dinding mudah crack....haaa..nak yang MURAH kan...

Jom!kami tawarkan ...RUMAH MAMPU MILIK, pada harga yang sangat berpatutan..bukan janji bulan dan bintang ye! http://wasap.my/60139022580

InsyaAllah, servis kami sangat kami jaga kualitinya.
UNTUK ORANG MACHANG & KUALA KRAI (KELANTAN) DAPATKAN OFFER BULAN INI HINGGA MAC (10 yang terawal sahaja,kenapa 10?kami tak buat banyak...kami nak kualiti yang baik sahaja)

Saturday, January 6, 2018

Project 2017-1


MEMBINA 1 UNIT RUMAH KELUASAN 1200SQFT DI KUALA KRAI, KELANTAN
PEMILIK : EN SHAM ADANAN


HARGA RUMAH+TANAH = RM250,000

Project 2017-2




MEMBINA 2 UNIT RUMAH BANGLO BERKELUASAN 1505SQFT DI SENENG, JELAWAT
PEMILIK  : CIKGU SURIATI MAT DAM @ MAYUTI


TEMPOH : 3 BULAN PROGRESS 85%
HARGA JUAL RUMAH+TANAH = RM390,000.00

Wednesday, November 9, 2016

Jenis – Jenis Material Pintu Kabinet Dapur (Kitchen Cabinet Door)

Bagi anda yang sedang dalam proses untuk naik rumah baru, salah satu interior design yang penting yang sering dititikberatkan adalah kabinet dapur.

Terdapat pelbagai jenis material kabinet dapur yang menjadi pilihan sama ada 3G Glass, 4G glass, arcylic, wooden dan sebagainya. Jom kita tengok satu-satu pilihan yang ada dipasaran dan bergantung juga kepada budget anda.

1. 3G Glass Door Kitchen Cabinet





Jenis pintu seperti ini tidak menggunakan kayu tetapi glass dan aluminium sahaja. Jadi tuan rumah tidak perlu risau akan risiko anai- anai. Mungkin ada juga yang terfikir adakah pemilihan penggunaan glass akan memberi kesan yang tidak selamat kepada anak-anak. Jawapannya adalah tidak kerana material glass yang biasa digunakan adalah yang bermutu tinggi. Bingkainya menggunakan built in handle.



2.      4G Glass Kitchen Cabinet





Apa beza 3G Glass dengan 4G Glass. Dari segi harga memang 4G glass lebih mahal memandangkan 4G Glass adalah upgraded daripada 3G glass.  Kebiasaanya warna frame untuk 4G glass boleh dipilih atau tiada  bingkai manakala 3G glass kekal dengan warna aluminium.


3. High Gloss

Pintu kabinet dapur high gloss biasa menggunakan material lamina bagi mendapatkan kemasan berkilat dan sleek. Tidak seperti material lamina biasa, high gloss membolehkan pintu kabinet tampil lebih moden dan berhaya persis material arcyclic.

4. Aluminium

Bgai anda yang inginkan kabinet dapur yang kukuh, kalis air dan tahan lasak, material aluminium mungkin menjadi pilihan anda. Aktivi dapur yang banyak menggunakan air tidak akan menjejaskan fungsi aluminium kerana ia tidak menyerap air seperti kayu atau ABS Melamine. Kabinet dapur yang menggunakan material aluminium juga dapat menanggung peralatan dapur berat sehingga 50kg.

5. Arcyclic


Pintu kabinet dapur yang menggunakan material arcylic biasa menjadi pilihan dapur-dapur moden yang tahan dengan peluntur, asid, alkali dan mudah untuk di lap

Acrylic adalah sejenis lapisan plastik berkualiti berbanding dengan 3G high gloss iaitu kaca yang disembur dengan warna yang dikehendaki. 

6. Kaca kabut



Penggunaan pintu yang menggunakan kaca kabut biasa digunakan sebagai pilihan kabinet dapur gantung. Kanapa dipanggil kabut kerana  efek kaca tersebut yang memberikan kesan dramatik di mana peralatan yang disimpan di dalam kabinet dapat dilihat dalam bentuk samar daripada luar.


7. Kayu/wooden



Terdapat banyak pilihan di pasaran bagi anda yang berminat menggunakan kayu sebagai pilihan pintu kabinet dapur anda. Yang sering menjadi pilihan adalah dari jenis nyatoh di mana ketahanannya adalah terbukti dari dahulu lagi selain memberi kesan atau imej klasik pada wajah kabinet dapur anda. Selain nyatuh terdapat juga semangkok, oak dan sen.

credit to:  http://www.nikathirah.com/jenis-jenis-material-pintu-kabinet-dapur/